Kumpulan mungkin Memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana satu atau lebih tujuan-tujuan yang disenaraikan seperti berikut (secara kolektif dikenali sebagai “Tujuan-Tujuan”), iaitu: –
a. Untuk Memproses permohonan anda dan/atau borang dan/atau pembelian mana-mana satu atau lebih Perkhidmatan & Kemudahan;
b. Untuk berkomunikasi dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian tersedia pada masa yang berkaitan;
c. Untuk memberi respons kepada soalan-soalan dan komen-komen anda oleh Kumpulan;
d. Untuk menyediakan Perkhidmatan & Kemudahan dan maklumat berkaitan yang anda minta atau berminat dari semasa ke semasa;
e. Untuk tujuan pentadbiran;
f. Untuk memaklumkan apa-apa perubahan kepada Perkhidmatan & Kemudahan kami yang anda mungkin berminat atau boleh mempengaruhi anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian tersedia pada masa yang berkaitan;
g. Untuk memasarkan dan mempromosikan Perkhidmatan & Kemudahan yang anda mungkin berminat dari semasa ke semasa melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian tersedia pada masa yang berkaitan;
h. Untuk Memproses dan menganalisis Data Peribadi anda secara individu atau kolektif dengan individu-individu yang lain (termasuk syarikat-syarikat);
i. Tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan, untuk memantau, dan/atau menilai kecergasan, kelayakan dan kewajaran anda untuk memasuki, menyertai, membeli, mengambil bahagian, menikmati atau mengguna mana-mana Perkhidmatan & Kemudahan (sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung), termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana program kesetiaan pelanggan pada setiap masa yang berkaitan;
j. Tertakluk kepada Perenggan 7 di sini, bagi tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat, WhatsApp dan/atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian yang mungkin tersedia pada masa yang berkaitan;
k. Bagi tujuan-tujuan lain yang difikirkan patut oleh Kumpulan dan/atau tujuan-tujuan lain yang akan disenaraikan dalam dokumen-dokumen berkaitan atau relevan kepada anda;
l. Untuk membekalkan dan/atau mengesahkan Data Peribadi anda, menjalankan semakan keselamatan dan kewangan dan penilaian risiko dengan pengendali kasino yang lain, pembekal perkhidmatan, bank, pihak berkuasa, kehakiman dan pihak berkuatkuasa bagi tujuan memudahkan atau memproses sebarang transaksi kewangan anda;
m. Bagi pencegahan, penyiasatan dan/atau pengesanan penipuan oleh personel yang diberi kuasa dalaman dan/atau luaran dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan;
n. Untuk pengesanan, pencegahan dan/atau penyiasatan jenayah oleh personel yang diberi kuasa dalaman dan/atau luaran dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk tanpa batasan rakaman pengawasan imej anda;
o. Untuk pelaporan dan/atau Pemprosesan dalam Kumpulan dan/atau kepada pihak berkuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
p. Bagi tujuan Kumpulan mematuhi dan menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang di Malaysia dan/atau luar Malaysia seperti keperluan pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (“AMLA”) dan Akta Pendaftaran Tetamu 1965;
q. Kenalan dan menghadkan pergerakan semua individu keluar masuk premis hakmilik kami, termasuk tanpa batasan, anda, tetamu, pembekal, kontraktor dan penyewa kami, sekiranya terdapat individu atau kontak rapat yang diuji positif untuk sebarang penyakit berjangkit atau menular;
r. Untuk memantau, menilai, mengakses dan/atau mengambil tindakan yang bersesuaian berkenaan dengan penyakit berjangkit dan/atau menular, termasuk tanpa batasan, rekod dan/atau status saringan COVID-19 dan/atau vaksinasi dan/atau keadaan kesihatan anda jika diperlukan oleh undang-undang atau mengikut keperluan yang mungkin ditetapkan oleh Kumpulan pada masa yang berkaitan;
s. Membantu dan memberikan maklumat yang relevan kepada pihak berkuasa untuk menyokong usaha pengesanan kontak rapat untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit atau menular jika diperlukan oleh undang-undang;
t. Untuk dikongsi dengan pihak berkuasa yang berkenaan jika diperlukan oleh undang-undang dari semasa ke semasa untuk intervensi perubatan dan pentadbiran; atau
u. Untuk tujuan lain yang mungkin diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang di dalam dan di luar Malaysia, termasuk undang-undang yang berkaitan dengan keterangan.